25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Anggota tular pandu kereta polis buat pusingan U disaman

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota polis yang memandu kenderaan pasukan jenis Honda Civic disaman selepas tular membuat pusingan U sehingga menyebabkan kemalangan di Jalan PJS 3/9, Petaling Jaya, semalam. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, saman itu dikeluarkan kerana anggota terbabit cuai ketika memandu.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 12.18 tengah hari.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika kenderaan MPV polis itu sedang melakukan tugasan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Balai Polis Petaling Jaya.

“Anggota terbabit yang memandu di lorong kiri telah membelok ke kanan dan membuat pusingan U sebelum dilanggar Perodua Myvi yang berada di lorong kanan jalan.

“Pemandu Myvi yang tidak sempat mengelak telah melanggar sisi kanan kenderaan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan tidak melakukan tindakan yang melanggar peraturan jalan raya sehingga membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Malah menurutnya, orang ramai boleh melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan termasuk kenderaan polis.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan