31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Trump Presiden AS pertama dikenakan tuduhan jenayah

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

DONALD Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) pertama yang dikenakan pertuduhan jenayah berhubung dakwaan membayar wang kepada seorang pelakon filem lucah, Stormy Daniels untuk mentup mulut sebagai sogokan.

Pendakwaan dibuat Mahkamah Manhattan melalui siasatan Pejabat Peguam Daerah terhadap Trump berhubung dakwaan peranannya dalam skim pembayaran wang ‘tutup mulut’ melibatkan Stormy Daniels semasa kempen Pilihan Raya Presiden 2016.

Memetik laporan CNN, Trump juga dilaporkan akan berdepan 30 pertuduhan yang berkaitan penipuan perniagaan. 

Menurut peguam bela Trump, beliau dijangka akan hadir ke mahkamah minggu depan.

Trump dalam satu kenyataan menafikan segala tuduhan yang dikemukakan terhadapnya menyifatkan ianya pertuduhan politik terpilih.

“Ini adalah Penganiayaan Politik dan Campur Tangan Pilihan Raya di peringkat tertinggi dalam sejarah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Siasatan Manhattan terhadap Trump membawa cabaran undang-undang terhadap beliau dan pendakwaan ini boleh menjejas percubaannya untuk kembali menjadi presiden AS. 

Hasil tinjauan Reuters, empat puluh peratus penyokong parti Republican menyatakan Trump harus mengundur diri sebagai calon presiden AS sekiranya didakwa. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan