29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tiada pemimpin Bersatu dipanggil polis setakat ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA pemimpin atau ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipanggil polis berhubung perhimpunan solidariti untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin di pekarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pada Khamis, setakat ini.

Bagaimanapun, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan dan menjalankan tanggungjawab.

“Kita akan tunggu apa yang akan dimaklum kepada kita.

“Saya pun tidak ada maklumat lanjut mengenainya, hanya baca di media saja,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu di Kuala Lumpur, hari ini, lapor FMT.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata, penganjur dan beberapa individu yang dikenal pasti menganjurkan perhimpunan solidariti itu akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

Advertisements

“Kesemua mereka akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan,”katanya.

Khamis lalu, Muhyiddin dipanggil ke SPRM Putrajaya untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan isu berkaitan.

Pada hari yang sama, beliau ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Semalam, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan