Wednesday, July 22, 2026

Puteri UMNO: Nurul Amal jauh tinggalkan pesaing

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

NURUL Amal Mohd Fauzi mendahului kiraan undian rasmi sehingga pukul 9.30 malam bagi pemilihan Ketua Puteri UMNO untuk sesi 2023-2026.

Berdasarkan kiraan rasmi yang dikeluarkan UMNO, Naib Ketua Puteri UMNO itu kini menerima 45 undi meninggalkan pesaingnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau Dira di tempat kedua yang menerima 20 undi.

Untuk saingan jawatan Naib Ketua Puteri UMNO pula, Siti Sokhleha Nordin jauh meninggalkan pesaingnya apabila mencatat 52 undi.

Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani dan Rina Farhana Abdullah pula masing-masing menerima 16 undi setakat ini. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan