32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Selepas NSFC, JDT ‘titik’ Kelantan FC pula

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) melakar kemenangan keempat berturut-turut selepas membelasah Kelantan FC 5-1 di Stadium Sultan Ismail hari ini.

Beraksi di sebelah petang sedikit pun tidak menjejaskan rentak skuad Harimau Selatan apabila berjaya mendahului seawal minit ketiga menerusi jaringan penyerang, Diogo Luis Santo.

Diogo menggegar gawang pelawat selepas menyudahkan bola tepisan penjaga gol Kelantan, Nik Mohd Amin Ahmad yang sebelum itu menyelamatkan sepakan penalti Farnando Forestieri.

Endrick Dos Santos menggandakan jaringan JDT pada minit ke-26 sebelum Forestieri menambah gol ketiga penyandang juara Liga Super itu 10 minit selepas itu bagi menjadikan kedudukan 3-0.

Advertisements

Separuh masa kedua menyaksikan JDT terus garang apabila meledak gol keempat menerusi penyudah pemain import, Juan Muniz ke-56.

Kelantan FC merapatkan jurang pada minit ke-69 menerusi sepakan penalti namun Ariff Aiman Hanapi melengkapkan kemenangan besar JDT juga menerusi sepakan penalti pada minit ke-82. 

JDT kekal di puncak liga dengan 12 mata penuh selepas empat perlawanan, meledak 17 gol dan hanya dibolosi sekali sahaja musim ini.

Sebelum ini JDT menjadikan Negeri Sembilan FC sebagai lauk apabila membelasah skuad Hoben Jang Hoben itu 7-0. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CTOS sumbang RM30,000 biayai pelajar kurang bernasib baik

CTOS Digital Berhad telah menyumbang sebanyak RM30,000 untuk dana biasiswa bagi pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai, Ampang, Selangor...

Lagi Artikel Berkaitan