26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Sultan Johor sambut ulang tahun secara sederhana

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan rasmi baginda yang kebetulan jatuh pada hari pertama umat Islam menyambut Ramadan.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda berkenan meraikan hari keputeraan secara sederhana selepas berbuka puasa dengan memotong kek dan bersantap bersama kakitangan istana.

Terdahulu, pada sebelah paginya, Sultan Johor dipersembahkan cenderahati kek replika mahkota seberat 30 kilogram.

“Kek berkenan dipersembahkan kepada Baginda Tuanku Sultan daripada Country Garden Pacificview Sdn Bhd merupakan pemaju Forest City,” kata kenyataan itu lagi.

Baginda kemudian mengurniakan kek berkenaan kepada Masjid Dato’ Haji Mohd Lip Bin Bedu di Kem Sultan Ibrahim.

“Pada hari ini, Sultan Johor turut dipersembahkan cenderahati kek daripada kepemimpinan DAP Johor.

“Kek berkenaan dipersembahkan oleh Setiausaha Publisiti DAP Johor, Liow Cai Tung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Jaya,” kata kenyataan berkenaan. – Edisi 9

Baca juga:   BN miliki kelebihan jika DUN tidak dibubar serentak Parlimen

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan