27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Mangsa banjir di Batu Pahat berbaki 419 orang

Mesti Baca

JUMLAH mangsa banjir di Batu Pahat merekodkan penurunan kepada 419 orang setakat 8 pagi tadi berbanding 439 orang malam semalam.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi dengan menempatkan 113 keluarga.

“Lima PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan Seri Medan yang menempatkan 209 orang; Sekolah Agama (SA) Seri Bertam (enam orang); Dewan Orang Ramai Yong Peng (129 orang); Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (21 orang) dan SA Seri Comel (54 orang),” kata kenyataan itu.

JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran dengan bacaan 19.00 meter, manakala cuaca di kesemua 10 daerah dilaporkan cerah pada pagi ini. – BERNAMA

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan