34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Rangka manusia Guar Kepah dibawa pulang tahun depan

Dengan kembalinya rangka-rangka ke tapak asal ia dijumpai, galeri dan tapak Arkeologi Guar Kepah bakal menjadi salah satu produk arkeopelancongan utama negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan membawa pulang bahagian-bahagian rangka manusia dari Tapak Arkeologi Guar Kepah, Seberang Perai, Pulau Pinang yang kini tersimpan di Belanda, tahun depan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, Tapak Arkeologi Guar Kepah itu merupakan tapak arkeologi pertama di Malaysia yang telah dikaji oleh pengkaji barat sejak tahun 1863 hingga 1936.

Kementerian itu berkata, kesemua jumpaan arkeologi di tapak tersebut telah dibawa ke luar negara termasuk 41 rangka manusia yang disimpan di Naturalis Biodiversity Centre (NBC) di Leiden, Belanda.

“Kini rangka-rangka berkenaan telah diambil alih oleh Kerajaan Belanda dan disimpan di Collection Centre Netherlands (CCNL) di Amersfoort, Belanda.

“Bagaimanapun, usaha untuk mengembalikan rangka-rangka ini telah diselaraskan oleh pihak Jabatan Warisan Negara setelah menerima permohonan rasmi daripada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” kata kementerian dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas MOTAC, rangka-rangka akan dibawa pulang tahun depan untuk disimpan dan dipamerkan di Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah, Seberang Perai Utara yang kini sedang dibangunkan.

“Dengan kembalinya rangka-rangka ke tapak asal ia dijumpai, galeri dan tapak Arkeologi Guar Kepah bakal menjadi salah satu produk arkeopelancongan utama negara selain menjadi pusat interpretasi untuk menyampaikan informasi mengenai salah satu warisan arkeologi Malaysia kepada orang ramai.

Advertisements

“Ini juga akan membuka ruang untuk penyelidikan lanjut ke atas rangka- rangka dan tapak prasejarah Guar Kepah.

“Diharapkan Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah akan menjadi produk pelancongan yang mesti dilawati sempena Tahun Melawat Malaysia 2025,” katanya.

Kata MOTAC, pemulangan artifak dan jumpaan-jumpaan luar yang kini berada di Belanda adalah selaras dengan dasar kerajaan negara itu yang menyerahkan semula artifak dan jumpaan kepada negara asal dengan tertakluk kepada penilaian dan syarat yang ditetapkan.

Sebelum ini, satu majlis simbolik membuka kotak yang mengandungi rangka-rangka berkenaan telah diadakan pada 22 Mac lalu di Kementerian Pelajaran, Kebudayaan dan Sains Belanda, The Hague, Belanda.

Majlis berkenaan telah dihadiri oleh Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Nadzirah Osman dan delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri II , Prof. Dr. P. Ramasamy.

Pihak Kerajaan Belanda pula diwakili pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pelajaran, Kebudayaan dan Sains serta Kementerian Luar Negeri Belanda.

Turut diadakan adalah penyerahan surat persetujuan Kerajaan Belanda untuk mengembalikan bahagian- bahagian rangka tersebut kepada Kerajaan Malaysia yang telah disampaikan oleh Pengarah Dasar Antarabangsa, Kementerian Pelajaran, Kebudayaan dan Sains Belanda, Gerbert Kunst. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan