26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh hingga 5 April

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 30 Mac hingga 5 April.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak dunia di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk berkenaan telah melebihi harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan