25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Rangka manusia ditemui di Bukit Pelindung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU rangka manusia disyaki milik lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir sebulan lalu ditemui di kawasan Bukit Pelindung di Kuantan, Pahang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, rangka itu ditemui kira-kira jam 11.30 pagi dalam keadaan terselit di celah batu di kawasan kaki Bukit Pelindung.

Menurutnya, lokasi penemuan rangka itu kira-kira dua kilometer dari tempat beg dan selipar milik mangsa yang dijumpai sebelum ini.

“Penemuan rangka itu hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan kembali kira-kira jam 9 pagi semalam.

“Pasukan SAR terdiri daripada 17 anggota termasuk polis dan pihak bomba,” katanya lapor Sinar Harian.

Wan Mohd Zahari berkata, rangka manusia itu dibawa keluar dengan bantuan pihak bomba sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti sebenar.

Baca juga:   Cubaan seludup ubat gigi guna kontena gagal

Pada 19 Januari lalu, seorang lelaki berusia 41 tahun dipercayai mengalami masalah mental dilaporkan hilang di kawasan itu selepas keluar daripada rumahnya pada pagi hari berkenaan.

Mangsa dilihat berada di kawasan tersebut oleh seorang pendaki pada hari dia dilaporkan hilang.

Laporan polis berhubung kehilangan mangsa dibuat keluarga sebelum operasi SAR digerakkan.

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan