27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jumlah kes positif global hampir 424 juta, korban 5.88 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 423.9 juta kes selepas pertambahan 1.53 juta kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.

Memetik laporan agensi, data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 78 juta kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42 juta kes dan 28 juta. Negara lain yang melepasi angka 22 juta kes adalah Perancis.

United Kingdom melebihi 18 juta, Rusia dengan 15 juta kes, manakala Turki, Jerman, Itali dan Sepanyol berjumlah 10 juta.

Sementara itu, di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.9 juta, diikuti Filipina melebihi 3.6 juta, Malaysia 3.2 juta dan Thailand dengan 2.7 juta kes.

Manakala Singapura melebihi 582,000 kes.

Dalam pada itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan 8,348 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini mencecah 5.88 juta kes.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 935,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 644,000 kes, India lebih 511,000 kes dan Rusia lebih 338,000 kes sementara Mexico kini mencatatkan lebih 315,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian. Negara lain yang merekodkan angka korban melebihi 97,000 kes adalah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 145,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 55,000 diikuti Malaysia dengan 32,000 kes manakala Thailand dengan lebih 22,000 angka korban. – Agensi

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan