29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Lebih 500,000 kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 513,393 individu atau 14.5 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 13,992,391 atau 59.5 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19.

Seramai 22,944,158 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,221,715 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,806 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Manakala 2,884,882 atau 92.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 128,153 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 61,230 suntikan dos pertama, 464 suntikan dos lengkap dan 66,459 suntikan dos penggalak.

Ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,148,498.

Baca juga:   Penyokong Najib tak amal penjarakan selamat, KP Kesihatan sedih

Dalam pada itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 37 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor merekodkan sembilan kes.

Diikuti Selangor (tujuh), Kedah (enam), Perak dan Sabah masing-masing empat kes, Pulau Pinang (tiga), Pahang (dua) dan satu kes masing-masing di Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.-Bernama

Wartawan

Terkini

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Aishah

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tokoh industri automotif negara dan...

Lagi Artikel Berkaitan