26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

COVID-19: Kategori dua paling ramai dengan 18,230 kes

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA merekodkan sebanyak 26,832 kes baharu COVID-19 semalam dengan hampir separuh daripadanya dalam kategori dua, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus tersebut meningkat kepada 3,221,680 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 26,764 kes adalah membabitkan kes tempatan dan 68 kes lagi melibatkan kes import.

“Sebanyak 99.50 peratus bersamaan 26,699 kes adalah pesakit COVID-19 dalam kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

“Data menunjukkan paling tinggi adalah pesakit dalam kategori dua iaitu sebanyak 18,230 kes atau 67.94 peratus.

“Selain itu sejumlah 8,469 kes (31.56 peratus) pula adalah pesakit dalam kategori satu, diikuti kategori tiga (66 kes), kategori empat (38 kes) dan kategori lima (29 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Salahkah YB Santhara rentas negara jumpa keluarga?

“Dalam pada itu, sebanyak 261 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 139 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 18,459 kes.

“Semalam, 15 lagi kluster baharu direkodkan, menjadikan kluster masih aktif dalam negara sebanyak 500.

“Kadar kebolehjangkitan atau nilai R-naught di seluruh negara ketika ini adalah 1.21 dengan Wilayah Persekutuan paling tinggi, 1,71 diikuti Sarawak (1.48) dan Sabah (1.40).- Edisi 9

Baca juga:   Salahkah YB Santhara rentas negara jumpa keluarga?

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan