24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Hilang 52 tahun, rangka pendaki akhirnya ditemui di Swiss Alps

Mesti Baca

SEORANG pendaki British yang dilaporkan hilang 52 tahun lalu, akhirnya ditemui apabila identiti rangkanya dikenal pasti di pergunungan Swiss Alps.

Polis Valais di barat daya Switzerland berkata, pendaki itu dilaporkan hilang pada Julai 1971, namun pasukan yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ketika itu gagal menemuinya.

Pada 22 Ogos 2022, dua pendaki menjumpai rangka manusia di kawasan glasier Chessjengletscher berhampiran Saas-Fee, iaitu sebuah perkampungan Alpine di Lembah Saas.

Advertisements

Usaha mengenal pasti identiti mangsa mengambil masa kira-kira setahun berikutan pakar perlu meneliti fail kes pendaki-pendaki yang dilaporkan hilang.

Akhirnya dengan bantuan INTERPOL Manchester dan polis Scotland, seorang waris berjaya ditemui yang membolehkan identiti mangsa dikenal pasti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum disahkan pada 30 Ogos lalu.

Sejumlah pendaki telah lama dilaporkan hilang di kawasan pergunungan itu dan sebilangan mayat berjaya ditemui selepas glasiernya mencair dan menyusut akibat pemanasan global. -Agensi

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan