26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Polis siasat hantaran di Facebook Che’guBard Original

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS kini sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran berbaur fitnah di Facebook Che’guBard Original yang mengaitkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan gerakan Kristian Evangelist.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, semakan polis mendapati hantaran itu menerima 544 komen, 377 perkongsian dan 448 maklum balas sejak dimuat naik sekitar tiga hari lalu.

“Hantaran oleh Facebook Che’guBard Original yang mengaitkan KBS dengan gerakan Kristian Evangelist serta menuduh kementerian itu menyalurkan dana kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengajak belia bukan Kristian ke gereja.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau mengulas isu itu secara provokasi yang mungkin boleh menggugat ketenteraman serta keharmonian kaum di Malaysia.

Baca juga:   Cubaan culik di Genting Highlands, 2 wanita warga asing ditahan

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan kegusaran awam melalui isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum,” katanya.

Terdahulu, dalam hantaran di Facebook Che’guBard Original itu, hantaran tersebut mendakwa Impact Malaysia merupakan agensi di bawah KBS yang sebelum ini ditubuhkan atas tiga fokus utama iaitu e sport, kegiatan anak muda dan media.

Menurut hantaran itu, tidak ada urusan agama di bawah agensi berkenaan sebelum ini.

Baca juga:   Pelaksanaan Sistem e-Tanah diperluaskan - Muhyiddin

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Individu disyaki zalimi kucing dituduh hari ini

SEORANG lelaki dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menzalimi haiwan iaitu kucing di sebuah kondominium di Cheras, minggu...

Lagi Artikel Berkaitan