27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pelaburan Amazon Web Services bantu struktur semula ekonomi

Malaysia menyambut baik pelaburan AWS untuk menubuhkan wilayah data di Malaysia sebagai salah satu pelaburannya yang terbesar setakat ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELABURAN Amazon Web Services (AWS) di Malaysia adalah kritikal untuk membantu negara menstruktur semula dan mendigitalkan ekonomi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata Malaysia memerlukan data yang terperinci dan boleh dicapai dalam masa sebenar melalui ekosistem yang mendorong proses ‘eksperimentasi dan pembelajaran’.

“Prasyarat ekosistem ini adalah infrastruktur data yang murah, boleh skala, dan selamat.

“Platform pengkomputeran awan seperti AWS memenuhi ketiga-tiga ciri ini, maka kerajaan adalah komited untuk menyokong penerapannya dengan pantas,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, Malaysia berbangga untuk mengumumkan kerjasama awam swasta dengan AWS, yang telah membawa kepada Pelaburan Wilayah Data di Malaysia.

“Pada Januari 2022, AWS telah menjadi penyedia perkhidmatan awan (CSP) antarabangsa pertama untuk memeterai Cloud Framework Agreement (CFA) dengan kerajaan Malaysia, dan akan terus meningkatkan kebolehan pegawai sektor awam dalam teknologi awan, selaras dengan strategi ‘Cloud First’ AWS.

“Sehubungan dengan itu, Malaysia menyambut baik pelaburan AWS untuk menubuhkan wilayah data di Malaysia sebagai salah satu pelaburannya yang terbesar setakat ini.

“Pelaburan ini akan memberi impak yang besar kepada inovasi dan
transformasi digital di negara ini. Malaysia juga amat bangga bahawa
AWS telah memilih Malaysia sebagai lokasi penting dalam pasaran
wilayah data yang berkembang pesat di rantau ASEAN,”katanya.

Advertisements

Pada masa sama, Rafizi berkata, pelaburan ini juga penting untuk mewujudkan sektor awam dengan pendekatan cloud-first, yang berkecekapan menyampaikan perkhidmatan awam secara digital demi kesenangan rakyat, dan juga menggunakan data untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam secara berterusan.

Kata beliau, Kementerian Ekonomi sedang memimpin transformasi digital Malaysia melalui inisiatif MyDigital, yang akan memacu inovasi dan penggunaan teknologi terkini di seluruh sektor ekonomi.

“Ekosistem yang sesuai akan meningkatkan daya tarikan Malaysia kepada pelaburan dalam sektor digital, maka menjadikan Malaysia pusat digital terulung di ASEAN.

“Salah satu fokus utama MyDigital adalah untuk hasilkan tenaga kerja
yang berkemahiran tinggi dalam sektor digital dan data, bagi memastikan
Malaysia terus kompetitif serta dapat beralih ke masyarakat yang digital.

“Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan akan memfokuskan usaha pada
program yang akan membekalkan tenaga kerja Malaysia dengan
kemahiran untuk menyahut cabaran ini, sejajar dengan aspirasi
Malaysian Digital Economy Blueprint untuk menjadikan Malaysia negara
berpendapatan tinggi yang dipacu oleh digitalisasi yang padu.

“Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada AWS atas pelaburan yang
bersejarah ini, dan berharap agar terus bekerjasama dalam
mengukuhkan sektor digital Malaysia,”katanya.

Ujar beliau, kerajaan komited untuk mendorong kerjasama awam-swasta, dan memacu transformasi digital sebagai mekanisme menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan