32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Menteri KKM ucap terima kasih buat ‘jaga’ hospital tular

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KISAH seorang pengawal keselamatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, Yoges Wary yang tular baru-baru ini bukan hanya mendapat pujian daripada warganet, bahkan mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Dr Zaliha dalam satu hantaran di Facebooknya menzahirkan penghargaan beliau kepada Puan Yoges Wary yang telah banyak membantu memindahkan urusan pesakit ke hospital berkenaan.

Menurutnya, penghargaan itu juga ditujukan kepada semua kakitangan sokongan di setiap fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tular di media sosial kisah seorang wirawati, Puan Yoges Wary. Rata-rata menyatakan beliau amat sering bantu memudahkan pesakit atau ahli keluarga yang berurusan di hospital tersebut.

“Komitmen dipamerkan suatu yang amat terpuji. Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada Puan Yoges Wary, dan juga para staff sokongan di setiap fasiliti KKM,” katanya hari ini.

Baca juga:   Banjir: Ebit kongsi gambar rumah baharu nenek Rohana

Terdahulu, perkongsian pengguna media sosial Mohd Fareed itu dalam komuniti setempat telah mendapat respon positif.

“Mungkin tuan puan kenal wanita ini… Di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, ada seorang staf yang istimewa. Ketika kita berada di kawasan hospital, kita akan dapat melihat dia bekerja dengan gembira.

“Dia jalankan tugasnya dengan baik, dan terkenal kerana suka menolong orang. Dia akan tolong bukakan pintu kereta, tolong angkatkan barang, menjaga lalu-lintas di kawasan parking, tenangkan pesakit yang cemas, ucapkan tahniah kepada ibu yang baru melahirkan anak.

Baca juga:   Tiada pelaporan kes strok bagi vaksin Comirnaty Bivalent

“Tak kira hujan-panas, tak kira siapa kita, dia akan menolong dengan ikhlas dengan muka yang manis.Dia jalankan tugas dengan memberi 110 peratus,” kongsinya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Azalina bentang RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak

Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 untuk melindungi kanak-kanak secara menyeluruh dibentang buat kali pertama di...

Lagi Artikel Berkaitan