28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025

Laporan OPR akan dinaikkan fitnah – Fahmi Fadzil

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

LAPORAN media kononnya Bank Negara Malaysia (BNM) sekali lagi menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Julai ini disifatkan sebagai satu bentuk fitnah terhadap kerajaan. 

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan media berkenaan hari ini berhubung laporan berita tersebut.

“Hantaran BH Online ini jadi fitnah terhadap Bank Negara dan kerajaan. Saya akan jumpa pengurusan BH hari ini, insya-Allah,” jelas Fahmi di laman Facebooknya pada Jumaat.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan turut membuat teguran terhadap laporan berita berkenaan menerusi ruangan komen di Facebook media berkenaan dengan menyatakan jangkaan kenaikan OPR merupakan pandangan penganalisis bukannya di pihak kerajaan dan Bank Negara.

Advertisements

Semalam, akhbar itu melaporkan Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka sekali lagi menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata peratusan seawal Julai ini.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh penganalisis.

Menurut laporan itu, jangkaan dibuat bersandarkan kepada unjuran perkembangan ekonomi dipacu permintaan domestik yang kukuh berikutan pemulihan pekerjaan dan paras pendapatan lebih baik.

Ia juga akan mengambil kira kadar inflasi yang dijangka kekal tinggi walaupun mula menyederhana tahun ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus...

Lagi Artikel Berkaitan