36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ketua Pemuda: Dr. Akmal mendahului

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh mendahului pencabarnya dalam saingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Menurut Facebook Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal sehingga pukul 4.30 petang tadi mendahului dengan 63 undi meninggalkan tiga lagi pesaingnya, Datuk Mohd. Shahar Abdullah, Arman Azha Abu Hanifah dan Tuan Meor Hassan Mat Ali.

Antara bahagian yang memberikan undi kepada Dr. Muhamad Akmal antaranya Gerik, Sembrong, Bagan Serai, Kampar, Alor Setar, Lumut dan Parit Sulong.

Dr. Akmal turut mendapat undian daripada Shah Alam, Indera Mahkota, Masjid Tanah, Iskandar Puteri, Keningau, Ipoh Timur dan Petaling Jaya.

Pencabarnya, Arman Azha setakat ini mendapat tiga undian sementara Mohd. Shahar pula juga memperoleh tiga undian.

Sementara itu, keputusan rasmi yang dikeluarkan UMNO sehingga pukul 5 petang tadi menunjukkan Dr. Akmal mendahului selepas menerima lima undi.

Bagi saingan Naib Ketua pula, Ikmal Hazlan Ikmal Hisam pula mendahuli tiga lagi pencabarnya dengan mendapat lima undi.

Sebanyak 191 bahagian membuat proses pemilihan bagi kepimpinan Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO bagi sesi 2023 hingga 2026. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan