31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Dr. Akmal, Nurul Amal selesa, Shahrizat, Noraini sengit

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSAINGAN bagi merebut kerusi Ketua Wanita UMNO bagi sesi 2023 hingga 2026 menyaksikan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad mendahului Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dengan kelebihan satu undi.

Berdasarkan keputusan rasmi semasa sehingga pukul 6.15 petang tadi, Noraini menerima empat undi sementara Shahrizat mendapat tiga undi.

Untuk jawatan Naib Ketua Wanita UMNO pula menyaksikan saingan sengit antara Datuk Rosni Zahari yang menerima empat undi dan pesaingnya, Datuk Norliza Abdul Rahim yang mendapat tiga undi.

Sementara itu, Dr. Muhamad Akmal Saleh mendahului undian bagi persaingan jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan mendapat tujuh undi.

Beliau meninggalkan tiga lagi pesaingnya termasuk Datuk Mohd. Shahar Abdullah, Arman Azha Abu Hanifah dan Tuan Meor Hassan Mat Ali.

Mohd. Shahar Abdullah merupakan pesaing terdekat Dr. Mohamad Akmal apabila mendapat empat undian daripada bahagian UMNO.

Untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pula menyaksikan anak kepada Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ikmal Hazlan pula mendahului undian dengan jumlah enam undi. 

Bagi saingan pemilihan Ketua Puteri UMNO pula, Nurul Amal Mohd. Fauzi mendahului setelah menerima 20 undi meninggalkan pesaing terdekatnya, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau Dira di tempat kedua yang mendapat 11 undi.

Di saingan Naib Ketua Puteri UMNO menyaksikan Siti Sokhleha Nordin mendahului undian selepas menerima 20 undi diikuti Rina Farhana Abdullah yang mendapat 11 undi. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan