27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

KeTSA tambah 200MW kuota CGPP

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan IKlim (KeTSA) akan menambah kuota sebanyak 200 megawatt (MW) di bawah Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP).

KeTSA menerusi kenyataan berkata, langkah itu dibuat bagi membolehkan lebih banyak syarikat melanggan bekalan elektrik hijau bagi memenuhi komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Katanya, permohonan akan dibuka sepanjang tahun sehingga 31 Disember 2023 atau sehingga kuota habis dilanggan serta membenarkan penyertaan pemaju tenaga boleh baharu (TBB) daripada sumber bukan solar.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kuota sebanyak 800 MW, selari dengan sasaran TBB Kerajaan menjelang tahun 2025,” katanya hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, KeTSA berkata, penyertaan pemaju TBB daripada sumber bukan solar pula sedang dikaji dan kerangka bagi membolehkan penyertaan akan dimuktamadkan dalam jangka masa terdekat. 

“Buat masa ini, pembangunaan loji jana kuasa bukan solar masih boleh dilaksanakan di bawah skim Feed in Tariff (FiT) ataupun melalui mekanisme New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA) yang sedia ada.

“Panduan maklumat untuk CHPP (bagi loji solar PV) yang telah dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga (ST) akan dikemaskini dan akan dimuat naik ke laman sesawang ST selewat-lewatnya pada April ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan