30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Kedah lonjak ke tangga keempat Liga Super

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEDAH Darul Aman FC melonjak ke tangga keempat Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Turun dengan misi mengubat luka kekalahan mengejut 0-1 kepada PDRM FC minggu lalu, Kedah terlebih dahulu dikejutkan tuan rumah menerusi jaringan penyerang import, David Silva pada minit ke-21.

William Lira menyamakan kedudukan buat pelawat pada minit ke-34 menerusi tandukan hasil daripada sepakan penjuru.

Skuad kendalian Nafuzi Zain terus bernafsu memburu gol dan usaha mereka berhasil apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas Manuel Hidalgo dijatuhkan Fandi Othman dalam kawasan penalti.

Advertisements

Penyerang dari Argentina itu tidak bermasalah menyempurkan sepakan penalti sekali gus meletakkan Kedah 2-1 di depan menuju ke bilik persalinan.

Al Hafiz Harun mencetak gol ketiga Kedah pada minit ke-79 namun Kelantan United merapatkan jurang menerusi sepakan penalti Yan Victor pada minit ke-88.

Ini merupakan kemenangan ketiga Kedah dalam empat perlawanan, tiga mata di belakang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

10 mahasiswa UM sertai program selamatkan sayur-sayuran

SERAMAI 10 mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menyertai program menyelamatkan sayur-sayuran dan...

Lagi Artikel Berkaitan