32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Dua ahli politik terima bungkusan berisi estrak daun ganja

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menyiasat laporan mengenai penghantaran bungkusan barang terlarang kepada dua ahli politik pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang petugas di kaunter pertanyaan Kementerian Ekonomi, Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya yang memaklumkan, terdapat bungkusan yang dihantar kepada kedua-dua ahli politik negara itu.

Katanya, berdasarkan aduan, dua anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) telah pergi ke alamat yang dinyatakan iaitu di Hub J dan T Pulau Meranti dan merampas barang berkenaan.

“Polis menemukan barang tersebut iaitu satu tiub ubat gigi berpenutup berwarna hijau/putih bercorak daun ganja tertera tulisan ‘Happy Green’ yang mana di dalamnya mengandungi pes putih kehijauan disyaki ubat gigi dan estrak daun ganja dengan berat 80 gram dijumpai didalam satu bungkusan kotak berwarna coklat.

Baca juga:   Laut China Selatan mesti kekal aman, stabil

“Daripada maklumat diterima, polis mengesyaki bungkusan itu mengandungi barang terlarang sebagaimana yang pernah di terima pejabat kerajaan pada minggu lepas apabila bungkusan tersebut berisi ‘cannabis leaf’ (daun ganja),”katanya menerusi kenyataan di sini.

Wan Kamarul berkata, setakat ini tiada tangkapan dan sitaan dibuat dan semakan mendapati bungkusan dibeli pengirim melalui Shopee yang beralamat di Indonesia.

“Siasatan turut mendapati, barang yang dirampas tidak mempunyai kaitan dengan penama yang dialamatkan.

Bagaimanapun katanya, alamat barangan itu sama dengan kes yang disiasat di bawah seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya (ADB 1952) oleh BSJND Putrajaya. –Edisi 9

Baca juga:   Myanmar: ASEAN perlu lebih proaktif - Hishammuddin

Wartawan

Terkini

Khairy akan jumpa Muhyiddin

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bertemu Presiden Parti Peribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Lagi Artikel Berkaitan