27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Berita tular PM beri cuti umum Rabu ini palsu – JPM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perdana Menteri (JPM) hari ini menafikan satu tangkap layar berita yang tular di media sosial berkenaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada Rabu ini.

JPM dalam satu hantaran di Facebook berkata, berita tular itu mewawarkan cuti umum tersebut adalah susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Anugerah Akademi (Oscar).

Menurut JPM,  maklumat yang disampaikan menerusi tangkap layar berita bertajuk “PM Anwar declares public holiday on Wednesday: This is the pride of a nation!” itu adalah palsu.

Advertisements

“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

“Tidak pasti, jangan kongsi,” katanya hari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan