26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

Johor catat peningkatan mangsa banjir di 3 daerah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JOHOR mencatatkan peningkatan mangsa banjir di tiga daerah iaitu Batu Pahat, Muar dan Tangkak pada pukul 8 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, pertambahan itu menyumbang kepada meningkatnya jumlah mangsa banjir di seluruh negeri iaitu kini seramai 40,141 orang daripada 11,468 keluarga di 202 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, Batu Pahat terus menunjukkan trend peningkatan jumlah mangsa banjir apabila bertambah kepada 27,774 orang daripada 7,898 keluarga di 91 PPS.

“Di Muar pula, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,080 orang daripada 1,227 keluarga di 21 PPS, manakala Tangkak, jumlah mangsa banjir meningkat menjadi 2,536 orang (780 keluarga) di 23 PPS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azmi berkata, tiga daerah lain pula, Segamat, Kluang dan Kota Tinggi masing-masing menunjukkan trend menurun.

Advertisements

Menurutnya, di Segamat kini terdapat seramai 2,034 mangsa banjir daripada 500 keluarga di 33 PPS; Kluang terdapat seramai 1,310 mangsa (362 keluarga) di 12 PPS dan mangsa banjir di Kota Tinggi pula semakin berkurang menjadi 1,138 orang (325 keluarga) di 12 PPS.

“Bagi Mersing dan Pontian pula, jumlah mangsa banjir di daerah masing-masing kekal dengan 1,162 mangsa banjir (347 keluarga) di enam PPS dan 107 mangsa (29 keluarga) di tiga PPS,” katanya.

Dalam pada itu, laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula tiada mengeluarkan sebarang amaran hujan berterusan atau ribut petir di semua daerah di Johor dan laporan cuaca sebenar juga menunjukkan semua daerah di negeri ini dilaporkan tidak hujan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan