24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Diplomat diharap jadikan Malaysia tatanan teladan dunia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar kesemua Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia dapat terus komited menjadikan Malaysia sebagai tatanan yang boleh diteladani dunia.

Anwar berkata, adalah menjadi harapan besar rakyat Malaysia kepada barisan diplomat yang berada di seantero dunia dalam usaha mengangkat martabat negara di persada antarabangsa.

“Insya-Allah, tidak mustahil kita akan muncul sebagai salah satu pemain utama di pentas global selagi ada tekad dan iltizam tinggi menjunjung nilai dan budaya serta komited menjadikan Malaysia sebagai tatanan yang boleh diteladani dunia.

“Moga warga Wisma Putra kekal istiqamah dalam memberi sumbangan kepada pemeliharaan keselamatan, kedaulatan, kesejahteraan serta kemakmuran negara.

“Meski tidak dapat diukur dengan angka mahupun secara nyata, sesungguhnya kerajaan amat menghargai usaha dan sumbangan semua,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Beliau berkongsikan hantaran berkenaan selepas dapat bersemuka dan berinteraksi bersama Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia secara maya hari ini.

Advertisements

Turut menemani Perdana Menteri ialah Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir

Terdahulu, Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam memaklumkan Sesi Pemukiman Wisma Putra 2023 berlangsung dua hari bermatlamat memperkukuh keakraban dan membincangkan hala tuju dasar luar negeri Malaysia.

Ia menghimpunkan semua ketua jabatan dan setiausaha bahagian peringkat Kementerian Luar Negeri (KLN).

Malah, Ahli-ahli Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri (CCFP) turut dijemput untuk menghadiri sesi pemukiman yang bertemakan ‘Diplomasi dalam Dunia Global dari Lensa Malaysia MADANI’.

Antara topik yang akan dibincangkan adalah Hala Tuju Dasar Luar Negeri Malaysia; Hala Tuju Wisma Putra; Diplomasi Ekonomi yang Proaktif sebagai Enjin Pertumbuhan; Memenuhi Harapan Malaysia dalam Bantuan Bencana Global; Perkongsian Pengalaman dan Aspirasi oleh Mantan Duta-Duta Besar Malaysia; Meningkatkan Potensi Kuasa Lunak Malaysia; dan Malaysia MADANI: Membentuk Naratif Antarabangsa.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan