25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Ajal terkena tayar treler terpelanting

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja yang sedang menjual air buah maut selepas sebiji tayar lori treler tercabut dan terpelanting ke tepi jalan ke arahnya di Kampung Merang, Setiu, Terengganu, petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.05 petang itu, mangsa, Muhamad Airiel Rizman Mohamad Nazeri, 18, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian dada.

Rakannya, Nik Muhammad Afiq Rizani Mohd. Zainani, 22, yang turut menjual air buah bersama-sama pula patah tangan kanan dan mulutnya luka akibat terkena tayar sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Husin, sewaktu kejadian, lori treler yang dipandu lelaki berusia 37 tahun tersebut dikatakan dalam perjalanan ke Kampung Telaga Papan, di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, salah sebiji tayar belakang lori treler berkenaan tiba-tiba tercabut lalu terpelanting terkena kedua-dua mangsa yang berniaga di tepi jalan.

Advertisements

“Mayat Muhamad Airiel Rizman telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Afandi berkata, Nik Muhammad Afiq Rizani yang cedera pula dihantar ke unit kecemasan hospital sama bagi menerima rawatan.

Menurutnya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan