32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Chelsea, Benfica ke suku akhir Liga Juara Juara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB gergasi Inggeris, Chelsea melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara Juara Eropah selepas menundukkan Borussia Dortmund 2-0 awal pagi tadi.

The Blues ketinggalan 1-0 secara agregate selepas Karim Adeyemi meledak gol tunggal perlawanan ketika aksi di Jerman dua minggu lalu, namun anak buah Graham Potter itu bangkit ketika beraksi di laman sendiri untuk menang 2-1 secara agregat.

Raheem Sterling meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-43 selepas menyempurnakan hantaran lintang Ben Chilwell sekali gus menyamakan agregat 1-1.

Chelsea memperoleh sepakan penalti pada minit ke-52 namun sepakan Kai Havertz sekadar singgah di tiang gol Dortmund.

Namun, kelab kota London itu bernasib baik apabila pengadil meminta sepakan diambil semula kerana beberapa pemain masuk ke dalam kawasan penalti sebelum sepakan diambil.

Baca juga:   Varian BA 5.2 dikesan sejak 16 Mac, BF.7 sejak 21 Ogos

Havertz bagaimapun tenang mengambil sepakan penalti itu sekali lagi, sekali gus membawa The Blues ke suku akhir.

Di Portugal, Benfica mudah mengenepikan saingan wakil Belgium, Club Brugge 7-1 secara agregat selepas menang besar 5-1 di Estadio da Luz awal pagi tadi.

Goncalo Ramos meledak dua gol sementara Rafa Silva, Joao Mario dan David Neres masin-masing meledak satu gol bagi melengkapkan malam gemilang skuad kendalian Roger Schmidt itu. – Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   Mane tumbuk muka Sane

Terkini

Khairy akan jumpa Muhyiddin

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bertemu Presiden Parti Peribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Lagi Artikel Berkaitan