27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Malu betul harap ihsan menteri PKR – KJ

Presiden dan timbalan presiden tidak dapat mandat daripada ahli UMNO tapi kekal berkuasa

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin Abu Bakar menyifatkan kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO kekal buat masa ini adalah kerana ihsan menteri daripada PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Merujuk kepada surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang tular di media sosial Khairy berkata, surat itu jelas meminta UMNO membuat tindakan pembetulan mengenai usul tambahan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 lalu.

Kata Khairy, tindakan meminta ihsan Saifudin selaku Menteri Dalam Negeri jelas menunjukkan memang wujud pelanggaran dalam perlembagaan parti.

“Maknanya UMNO kau sudah buat silap. Sila perbetulkan. Buka (jawatan) presiden dan timbalan presiden untuk dipertandingkan, habis cerita.

“Ambil tindakan pembetulan. Tidak payah hendak langgar perlembagaan sendiri, lindungi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid dan Datuk Seri Mohamad Hassan. Tidak timbul soal hendak mengharamkan UMNO. Itu spin semata-mata.

“Ini tidak mahu buat tindakan pembetulan tapi bergantung harap ihsan menteri PKR untuk halalkan tindakan yang tidak sah. Malu betul. Presiden dan timbalan presiden tidak dapat mandat daripada ahli tapi kekal berkuasa kerana ihsan daripada menteri PKR. Inilah UMNO sekarang,” katanya menerusi Faceook hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu lalu memaklumkan, ibu pejabat UMNO telah menerima surat daripada RoS berhubung usul tambahan PAU 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Ahmad Zahid menunjukkan surat itu susulan terdapat dua laporan berbeza mengenai usul tambahan yang diluluskan PAU 2022 membabitkan dua jawatan tertinggi parti itu.

Advertisements

Dalam reaksi balas kelmarin, Ahmad Zahid pula berkata, UMNO sedia mendedahkan surat itu dengan harapan dapat menghentikan segala isu yang timbul sekali gus mengesahkan bahawa tiada pemilihan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Dalam pada itu, Khairy menafikan dakwaan kononnya dia bersama beberapa individu termasuk Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ismail berada di pihak Perikatan Nasional.

Katanya, jika mengepalai UMNO, mereka tidak akan menarik sokongan parti itu terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya sudah cakap dengan jelas. Hishammuddin, Ismail dan rakan-rakan lain pun setuju dengan saya.

“Andai kata ada pertandingan dan kumpulan kita menang, kami terus akan memberi sokongan kepada DSAI menerajui kerajaan kerana kami juga tidak mahu melihat kestabilan politik yang ada digugat.

“Jadi tidak payah momokkan orang dengan hujah palsu,” tegas Khairy. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan