28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Anwar ucap tahniah kepada PM baharu Qatar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani yang baharu dilantik sebagai Perdana Menteri Qatar.

Anwar berkata, Malaysia berharap dapat bekerjasama rapat dengan Qatar untuk meningkatkan hubungan erat antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Menurutnya, kerjasama berkenaan terutamanya dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, keselamatan makanan, rakyat dan budaya.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tuan Yang Terutama @MBA_AlThani_ atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Qatar yang baharu,” katanya dalam satu ciapan di Twitter malam tadi.

Advertisements

Terdahulu,  Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani pada Selasa melantik Menteri Luar, Sheikh Mohammed sebagai Perdana Menteri baharu negara itu.

Sheikh Mohammed menggantikan Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdulaziz Al Thani, lapor agensi Anodolu.

Pejabat Emir dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Sheikh Mohammed dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Emir menerima peletakan jawatan Sheikh Khalid. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan