31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

KDN rampas alat mainan seks bernilai RM115,000

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BAHAGIAN Penguatkuasaan Dan Kawalan (PKK)  Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah merampas alat mainan seks bernilai RM115,000 yang dipercayai buatan China dan Thailand.

Setiausaha Bahagian PKK KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, satu serbuan telah dilakukan di sebuah rumah dua tingkat disewa di Kota Warisan, Sepang pada 19 Disember tahun lalu.

Susulan itu, katanya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 7(1) AMCP 1984 kerana memudaratkan kemoralan dan Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan kerana mengedar atau menjual barang-barang lucah. 

“Hasil rampasan tersebut menemukan lebih seribu alat mainan seks pelbagai bentuk seperti patung seks, alat kemaluan lelaki dan wanita serta lain-lain alat mainan seks yang dilarang di negara ini.

“Nilai jualan rampasan alat mainan seks di dalam talian dianggarkan sebanyak RM300,000, tiga kali ganda daripada nilai rampasan.

“Seorang lelaki berumur 57 tahun telah ditahan dan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang pada 2 Februari lalu. Suspek mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM5,000,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media rampasan alat mainan seks di KDN Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut Nik Yusaimi berkata, hasil risikan mendapati kegiatan itu beroperasi sejak akhir tahun lalu dan dijual di pelbagai platform beli belah dalam talian.

Katanya, pihaknya juga mahu portal beli belah dalam talian untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk membendung elemen kelucahan menerusi jualan barangan mereka.

“Ada (tahu) masyarakat kita (ada) yang memerlukan. Justeru kami minta pihak portal beli belah dalam talian bekerjasama bagi membendung elemen kelucahan seperti ini.

“PKK KDN akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat dengan elemen yang memudaratkan kemoralan, ketenteraman awam, keselamatan negara dan sebagainya.

“Masyarakat dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti melanggar undang-undang,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan