26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Anwar nafi Guan Eng batal cukai Yayasan Albukhary

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri menafikan dakwaan kononnya Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai Yayasan Albukhary semasa menjadi Menteri Kewangan ketika itu.

Sebaliknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hakikatnya kelulusan pengecualian cukai yayasan berkenaan hanya dibuat pada 25 Februari 2021.

“Hakikatnya kelulusan hanya dibuat pada 25 Februari 2021 iaitu kelulusan meluluskan sesuatu pengecualian cukai yang di luar kebiasaannya yang melibatkan kedua-dua Yayasan Albukhary dan Kumpulan (Syarikat) Albukhary,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. 

Advertisements

Beliau menjawab soalan asal Cha Kee Chin (PH-Rasah) berkenaan tuduhan bahawa Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai Yayasan Albukhary semasa menjadi Menteri Kewangan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, mengikut Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53), pengecualian cukai bukan kuasa menteri atau Perdana Menteri, sebaliknya itu kuasa mutlak Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan