Thursday, July 23, 2026

Asyraf Wajdi nasihat Pemuda UMNO betulkan niat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menasihati kepimpinan baharu sayap parti itu agar memperbetulkan niat dan nawaitu masing-masing agar dipusatkan segalanya mencari redha Allah.

Ujar Asyraf Wajdi, barisan kempimpinan juga perlu berjuang untuk mendaulatkan agama-Nya dan membela nasib serta suara rakyat.

“InsyaAllah jika hubungan dengan Allah sentiasa dijaga, segala gerakkerja pasti akan dipermudahkan-Nya. Saya doakan generasi Pemuda Bangkit Kembali ini dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan berkesan serta sentiasa dalam rahmat Allah jua,” katanya dalam Facebook, hari ini.

Beliau sebelum itu menerima kunjungan barisan Exco Pemuda UMNO yang baharu diketuai oleh Ketuanya, Dr Akmal Saleh.

Asyraf Wajdi menzahirkan kesyukurannya dan rasa bangga beliau melihat barisan kepimpinan baharu yang rata-rata dikalangan orang muda yang berpendidikan tinggi, berketrampilan dan punya aura tersendiri.

“… Insya-Allah (mereka) mampu menggalas amanah besar untuk terus memperkukuhkan institusi UMNO dan menawan kembali sokongan anak-anak muda masa depan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan