32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Anak Zahid rayu Askar Wataniah diberi bantuan Aidilfitri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dirayu agar anggota Askar Wataniah turut diberikan bantuan khas Aidilfitri sepertimana dinikmati oleh pasukan sukarelawan lain.

Rayuan itu dibuat Pegawai Sukarelawan Askar Wataniah, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid memandangkan Askar Wataniah bukanlah pasukan mewah, malahan rata-rata anggotanya dalam kalangan B40.

Beliau yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia berkata, Askar Wataniah juga menabur jasa dan bakti dalam menjaga keselamatan negara.

“Dengan tidak mencampuri urusan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Kabinet, saya merayu agar meneliti semula bantuan khas RM300 ini untuk pasukan AW (Askar Wataniah).

“Kerana kami juga adalah barisan anggota dan pegawai sukarelawan yang berkhidmat untuk negara secara rasmi dan berdaftar.

“Saya harap ia sedikit sebanyak dapat membantu anggota dan pegawai pasukan AW yang tergolong dalam B40 yang tidak pernah mengenal erti penat dan jemu dalam menjalani latihan dan khidmat bakti,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Nurul kecundang di Bagan Datuk, menang di Pusat

Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan pemberian sagu hati sebanyak RM300 kepada anggota sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam, sukarelawan polis dan bomba.

Beliau turut mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan sebanyak RM200. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Enam nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

ENAM nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan