26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Exco Wanita: Nurulhidayah tepis dakwaan guna pengaruh bapa

Lebih selesa bertanding di peringkat Exco terlebih dulu kerana sebagai orang baharu dalam parti beliau perlu pandai membawa diri.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“SAYA akan buktikan mereka salah. Saya akan bekerja keras untuk parti.” Itu kata anak sulung Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang menepis dakwaan bahawa beliau menggunakan pengaruh bapanya untuk merebut jawatan dalam parti.

Nurulhidayah mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk.

Menurutnya, beliau lebih selesa memilih untuk bertanding di peringkat Exco terlebih dulu kerana sebagai orang baharu dalam parti perlu pandai membawa diri.

“Ini bukan parti bapa saya. Bila saya sertai UMNO, saya perlu masuk secara berperingkat, berhemah dan bukan guna pengaruh bapa,” katanya seperti dilapor Malaysiapost selepas menghantar borang pencalonan di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Ditanya tidak bertanding di peringkat Puteri UMNO sejak awal pembabitan dalam parti, Nurulhidayah berkata, beliau lebih selesa dengan tugas dan peranan Wanita UMNO.

Menurutnya, beliau mahu menggunakan kepakaran dalam industri media dan media sosial untuk pembaharuan Wanita dalam parti.

Sementara itu, Nurulhidayah menerusi Facebooknya berkata, beliau akan berpegang kepada motto Tegas, Berani dan Lantang dalam memperjuangkan prinsip perjuangan UMNO yang sebenar.

Keberadaan beliau dalam parti, katanya, bukan suatu yang sia-sia atau sekadar penyeri semata-mata sebaliknya bersedia membantu pucuk pimpinan terutamanya Wanita UMNO memperkukuhkan parti agar terus terlihat penglibatan wanita dalam sebuah perjuangan.

Beliau yang mempunyai hampir 150,000 pengikut dalam media sosial dengan lebih 3.2 vierwer berkata, akan mengekalkan imej mesra dan mudah didekati segenap peringkat usia. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan