34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tak hadir lebih 6 bulan, kerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong

Pengisytiharan itu sebagaimana mengikut Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 - Speaker DUN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERUSI DUN Batang Kali diisytihar kosong berkuatkuasa 28 Januari, ekoran penyandangnya Harumaini Omar tidak hadir sidang Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Ke-14 pada 2022 lebih enam bulan.

Harumaini gagal menghadirkan diri tanpa kebenaran ketika persidangan dewan melebihi enam bulan sejak 28 Julai tahun lalu.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata, pengisytiharan itu sebagaimana mengikut Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Beliau akan menghantar makluman pengisytiharan kekosongan kerusi itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Suee Lim berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu didapati melanggar Perkara 69 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 apabila tidak mengemukakan sebarang permohonan atau menyatakan sebab kepada Speaker

Harumaini Omar (tiga kanan) ketika hari penamaan calon pada PRU-14 lalu.

Beliau menjelaskan, perisytiharan dibuat selepas mendapat ulasan daripada Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri berdasarkan persidangan dewan yang diadakan pada 14 hingga 21 Mac, 25 hingga 29 Julai, 1 dan 2 Ogos, 23 hingga 30 November, 1 dan 2 Disember serta 5 dan 6 Disember.

“Penyata rasmi buku kedatangan ADUN menunjukkan Harumaini didapati tidak hadir tanpa kebenaran Speaker pada keseluruhan penggal daripada 23 November hingga 6 Disember.

“Berdasarkan rekod Penyata Rasmi dan Buku Kehadiran, tarikh akhir kehadiran Harumaini ke persidangan dewan adalah pada 27 Julai 2022. Memandangkan tempoh enam bulan dikira bermula dari tarikh 28 Julai,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Berdasarkan perisytiharan tersebut Harumaini hilang kelayakan sebagai seorang wakil rakyat dan ADUN serta tidak boleh menghadiri sidang dewan yang akan berlangsung pada 13 Mac ini.

Untuk rekod, Harumaini yang merupakan anggota Parti Bersatu bertanding di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket PKR sebelum partinya berpisah keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Beliau kemudian menyertai Pejuang dengan meninggalkan Bersatu pada 2020.

Pada PRU14, beliau bertanding dalam pertembungan tiga penjuru menentang Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan daripada Barisan Nasional dan Mohd. Hasnizan Harun (Pas) dengan memperoleh majoriti sebanyak 21,536 undi.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan