26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 19, 2024

Pengecas pantas kenderaan elektrik di lebuh raya dibangunkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kerja Raya melalui agensinya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) komited untuk membangunkan infrastruktur pengecas pantas di semua lebuh raya bagi meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik dalam negara.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebanyak 22 pengecas pantas kenderaan elektrik telah beroperasi di seluruh lebuh raya antaranya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh Arah Utara, R&R Tapah Arah Utara dan R&R Paka Arah Utara di Lebuh raya Pantai Timur 2.

“Ini melepasi sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian iaitu sebanyak 20 unit,” katanya ketika merasmikan kemudahan pengecasan berkelajuan tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Electron di Hentian R&R Ayer Keroh Arah Utara, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040, kerajaan telah menetapkan sembilan sasaran terpilih untuk dicapai pada 2040.

“Antaranya adalah dengan menetapkan penggunaan kenderaan elektrik sebanyak 38 peratus bagi memandu Malaysia ke arah mencapai negara rendah karbon,” katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, katanya LLM juga telah mengenal pasti 63 lokasi poin pengecas pantas kenderaan elektrik di Hentian R&R serta Hentian Sebelah yang terpilih di lebuh raya bertol di seluruh Malaysia, selain memberi kelulusan permohonan pembangunan poin pengecas pantas kenderaan elektrik di lebuh raya sekitar Lembah Klang.

“Sebanyak 45 permohonan lagi masih dalam semakan untuk kelulusan.

“Bagi menyokong usaha ini, semua pengguna pengecas pantas kenderaan elektrik DC TNB Electron dapat menikmati kemudahan ini secara percuma sehingga hujung Februari 2023 di tiga lokasi iaitu R&R Ayer Keroh Arah Utara, R&R Tapah Arah Utara dan R&R Paka Arah Utara di Lebuhraya LPT2,” katanya.

Ujar beliau, negara rendah karbon adalah negara yang mana masyarakatnya menggunakan teknologi hijau dan mengeluarkan karbon rendah untuk mengelakkan kesan ke atas perubahan iklim melalui penggunaan sumber efisien dan mengurangkan pembaziran. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

AP Terbuka: Mana-mana syarikat bumiputera boleh memohon

MANA-MANA syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan