27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Lawatan Presiden Steinmeier kukuh hubungan Malaysia-Jerman

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Jerman, Frank-Walter Steinmeier dan isterinya, Elke Budenbender tiba di Malaysia bagi melakukan lawatan negara selama tiga hari.

Menurut kenyataan Wisma Putra, pemimpin Jerman itu diiringi para pegawai kanan, perniagaan dan petugas media negara tersebut sebagai usaha berterusan mengukuhkan hubungan erat dua negara.

“Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan erat sedia ada antara Malaysia dan Jerman.

“Lawatan negara terakhir oleh Presiden Jerman ke Malaysia adalah pada April 1997, iaitu 27 tahun yang lalu,” menurut kenyataan itu.

Untuk rekod kali terakhir Presiden Jerman pernah membuat lawatan ke Malaysia ialah pada 1997 lalu oleh Prof. Dr. Roman Herzog dan sebelum itu pada 1986 oleh Richard von Weizsaecker.

Advertisements

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, Steinmeier akan diberikan sambutan negara oleh Yang di-Pertuan Agong di pekarangan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur pada pagi esok.

Selepas itu, beliau dijangka menerima kunjungan hormat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini untuk membincangkan pelbagai isu berkepentingan.

“Pemimpin Jerman itu juga dijangka melakukan program lawatan rasmi ke Pulau Pinang dan Sarawak sepanjang beliau berada di Malaysia hingga Sabtu ini,” kata Wisma Putra.

Jerman merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan 27 negara ahli Kesatuan Eropah dengan lebih 700 firma Jerman memiliki operasinya di seluruh Malaysia.

Sepanjang tahun lepas, nilai perdagangan Malaysia dengan Jerman melonjak sebanyak 10 peratus apabila mencatatkan RM59.87 bilion berbanding RM53.99 bilion pada 2021. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan