30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

SMART keluarkan 7 lagi mayat mangsa gempa Turkiye

Pasukan itu berjaya mengeluarkan tiga mangsa perempuan, dua lelaki dewasa, dan seorang kanak-kanak perempuan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUJUH lagi mayat terperangkap di dalam runtuhan bangunan berjaya dikeluarkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) susulan tragedi gempa bumi Turkiye yang meragut nyawa puluhan ribu orang.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata, operasi yang dijalankan semalam berjaya mengeluarkan tujuh mayat yang ditemui sepanjang misi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar Nurdagi, Gaziantep.

Katanya, mangsa ditemukan dan dikeluarkan pasukan Charlie 01 dan Delta 01 daripada pasukan penyelamat kedua Malaysia (MAS-10) pada pukul 5.55 petang waktu tempatan (12.55 petang waktu Malaysia).

“Kami berjaya mengeluarkan sebanyak tiga perempuan, dua lelaki dewasa, dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Bagaimanapun, atas faktor keselamatan pasukan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada pukul 7.50 petang, berikutan cuaca yang juga semakin sejuk,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Semalam, SMART berjaya mengeluarkan lima lagi mangsa maut dari runtuhan di Nurdagi menggunakan peralatan khas dan penggunaan jengkaut dengan kaedah memotong dan memecah.

Kelima-lima mangsa tersebut melibatkan seorang kanak-kanak, tiga wanita dan seorang lelaki dewasa.

Sementara itu, dalam hantaran tersebut, Ketua Pasukan MAS-10, PgKB II Abdul Manaf Che Isa menunjukkan beberapa peralatan yang akan digunakan untuk misi SAR serta sebahagian keanggotaan yang akan diaturgerak ke lokasi mencari dan menyelamat yang seterusnya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan