25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Perjawatan Maritim Malaysia diisi sepenuhnya menjelang 2026

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERJAWATAN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang masih belum diisi dijangka akan dipenuhi menjelang tahun 2026.

Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ruji Ubi berkata, Maritim Malaysia kini telah mengisi perjawatan sebanyak 90.76 peratus  daripada jumlah perjawatan yang telah diluluskan.

Menurut beliau, sebanyak 490 perjawatan yang masih belum diisi dijangka akan dipenuhi menjelang tahun 2026.

“Maritim Malaysia telah menjayakan latihan asas kepada 788 pegawai dan 2,528 pegawai lain-lain pangkat penguatkuasa Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah(ASMAS), Kuantan Pahang sejak ia mula beroperasi pada 2 Mac 2013,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Istiadat Perbarisan TamatLatihan Leftenan Muda Maritim Siri 11 Tahun 2022 di Kuantan, Pahang, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk  Mohd Zubil Mat Som serta Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Sempena istiadat itu, seramai 78 orang pelatih terdiri daripada 61 lelaki dan 17 wanita telah berjaya menamatkan latihan selama sembilan bulan di akademi berkenaan.

Advertisements

Dalam pada itu, Ruji turut memaklumkan, selain kursus asas kepada pegawai baharu, AMSAS turut menganjurkan kursus lanjutan kepada pegawai dan anggota bagi meningkatkan kompetensi mereka dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan perairan negara.

Menurut beliau, selain warga Maritim Malaysia, AMSAS turut menyediakan latihankepada hampir 150 pegawai daripada jabatan-jabatan dari Negara-Negara Asean, Timur Tengah, Afrika dan Mexico.

Melihat kepada kepentingannya, Ruji menegaskan KDN pada tahun lalu telah memperuntukan sebanyak RM1.4juta bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan akademi latihan itu.

Bagi tahun ini, beliau memaklumkan KDN akan menyalurkan lebih banyakperuntukkan untuk projek-projek utama supaya AMSAS menjadi institusi latihan maritim yang kondusif.

Terdahulu, ketika penyampaikan ucapan,  beliau turut menasihati semua warga Maritim Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada integriti yang tinggi, amanah, jujur dan meletakkan disiplin yang tinggi ketika menjalankan tugas.

Hasrat itukata beliau seiring dengan dasar Kerajaan Malaysia Madani, iaitu mengamalkan tadbir urus yang baik sekaligus menjadikan Malaysia Negara Bebas Rasuah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan