26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Penjawat awam terima RM700 bantuan Aidilfitri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BERITA baik bagi semua penjawat awam berikutan Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian tersebut akan diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

“Sebanyak RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan dan bayaran akan dibuat pada April 2023,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Advertisements

Sementara itu, susulan kenaikan kadar maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 160 kepada 180 hari, kerajaan berhasrat untuk meneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus, iaitu maksimum 90 hari.

Beliau berkata, penjawat awam perlu segera membawa perubahan, menerapkan pembaharuan dengan matlamat akhir menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan