Tuesday, June 16, 2026

Menu Rahmah: Lebih banyak francais tampil tawar inisiatif sama

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menzahirkan rasa syukur apabila perniagaan francais makanan dan minuman di negara ini tampil menawarkan Menu Rahmah.

Salahuddin menyatakan kesyukuran itu apabila mendapati beberapa restoran terkemuka turut menyambut baik inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan bermula Selasa lalu.

“Alhamdulillah, lebih banyak restoran dan francais yang menyambut baik inisiatif Rahmah,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Antara restoran yang mula memperkenalkan Menu Rahmah seperti yang disebut dalam media sosial Salahuddin termasuk pembekal makanan dan minuman terkemuka, Chatime Malaysia Sdn Bhd (Chatime) dan Restoran Mios Kitchen.

Terdahulu, lebih 15,000 restoran menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan golongan berpendapatan rendah (B40) bermula 31 Januari lalu.

Ia selaras dengan pelancaran inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan bertujuan memastikan khususnya golongan B40 mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

Malah, Salahuddin turut menyasarkan untuk pelaksanaan Menu Rahmah di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

Sementara itu, Salahuddin menerusi satu hantaran video di laman sosial sama menyifatkan Menu Rahmah sebagai menu ‘kasih sayang’ yang diperkenalkan untuk setiap rakyat Malaysia.

“Menu Rahmah ini adalah menu rakyat, menu kasih sayang,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan