26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Bekas ADUN Sanglang cedera dipukul di masjid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang cedera pada bahagian kepala selepas diserang seorang lelaki dipercayai sakit mental di Masjid Alwi, Pusat Bandar Kangar, Perlis hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Datuk Md. Zain Hamzah, 86, mengalami kecederaan di bahagian kepada selepas dipukul lelaki terbabit di dalam kawasan masjid berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop, pada mulanya, mangsa berada di dalam kenderaan untuk mendengar tazkirah sehingga pukul 5.30 pagi.

“Setelah selesai, mangsa sedang menuju ke arah hadapan masjid untuk mengisi duit ke dalam tabung anak yatim sebelum didatangi oleh seorang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujar Md Zain lagi, suspek dalam keadaan yang sedang mengamuk kemudian menyerang serta memukul mangsa menyebabkan warga emas itu terjatuh dan mengalami kecederaan pada bahagian sebelah kanan kepala.

Baca juga:   Vaksin: 26 guru di Perlis enggan terima suntikan

Menurutnya, pada masa sama, mangsa melarikan diri ke satu tempat untuk mengelak dipukul oleh suspek.

“Mangsa kemudiannya meminta bantuan kepada pengawal keselamatan masjid itu untuk menghubungi pihak kecemasan dan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi mendapatkan rawatan.

“Mangsa mengalami luka tidak serius pada bahagian atas kepala disyaki dipukul menggunakan kerusi kecil dan masih menerima rawatan di hospital,” katanya.

Ujar beliau, polis telah menahan seorang lelaki berusia 65 tahun di masjid berkenaan dan motif serangan sedang disiasat.

Baca juga:   Onn Hafiz dilantik Pengarah Operasi BN Johor

“Suspek juga dipercayai mengalami masalah mental. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Untuk rekod, Md. Zain pernah menjadi ADUN Sanglang selama dua penggal sejak 1978 hingga 1986 di bawah tiket Barisan Nasional (BN).

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan