34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Isham Jalil rasmi pindah ke Umno Bahagian Putrajaya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA Penerangan Umno, Isham Jalil secara rasmi berpindah keahlian parti dari Bahagian Sungai Buloh ke Bahagian Umno Putrajaya.

Isham berkata, beliau sebelum ini merupakan ahli Umno cawangan Pekan Sungai Pelong, Bahagian Sungai Buloh akan menyertai cawangan Bunga Matahari.

Menurutnya, perpindahan itu dilakukan selepas berbincang dengan Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Saya juga telah maklumkan kepada Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beliau telah merestukan perpindahan saya ini,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Isham lagi, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), beliau tinggal di kuarters kerajaan selama beberapa tahun di Putrajaya dan memutuskan untuk tinggal di sana sehingga ke hari tua.

“Kedua-dua anak saya pun bersekolah di Putrajaya. Kini anak saya yang kedua masih bersekolah di Presint 8, Putrajaya dan setiap pagi dan petang hari bersekolah saya ke Putrajaya untuk menghantar dan mengambilnya dari rumah ke sekolah dan kembali.

Advertisements

“Saya ada sebidang tanah di Putrajaya yang saya dapat dan beli semasa saya bekerja dalam kerajaan dahulu dan dalam masa yang terdekat ini saya dan keluarga akan berpindah semula ke Putrajaya dan bermastautin di sana insya-Allah sehingga hari tua,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Umno cawangan Pekan Sungai Pelong dan Bahagian Sungai Buloh kerana telah berjuang bersama-samanya. 

“Banyak pengalaman pahit manis dan suka duka yang kita telah lalui bersama. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada UMNO Selangor kerana telah memberi peluang kepada saya berkhidmat selama ini.

“Saya tidak akan lupakan segala kenangan dan jasa bersama tuan-tuan dan puan-puan dan akan terus membantu dan menyokong perjuangan UMNO di negeri Selangor dan di seluruh Malaysia.

“Terima kasih semua. Doakan perjalanan dan perjuangan saya,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan