32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

4 ditahan termasuk kakitangan Puspen bantu siasatan kes bunuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pelatih serta tiga kakitangan Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen) Perlop Sungai Siput, di Perak, ditahan polis Selasa lalu, bagi membantu siasatan kematian seorang pelatih pusat pemulihan itu yang disyaki dibunuh.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, polis menerima maklumat berhubung kematian pelatih lelaki berusia 50 tahun itu pada pukul 12.55 tengah hari.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ada kecederaan pada badan mangsa.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan hasil bedah siasat mendapati kecederaan pada belakang badan mangsa akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

“Susulan itu, empat individu berusia lingkungan antara 30 hingga 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Yusri lagi, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 8 Februari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihati masyarakat untuk tidak sesekali menularkan maklumat tidak sahih dan spekulasi berhubung kes  yang boleh mengganggu siasatan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tasik Kenyir diiktiraf Geopark Kebangsaan

TASIK Kenyir atau Kenyir Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang kesembilan di bawah Program Pembangunan Geopark oleh Kerajaan Persekutuan Kementerian...

Lagi Artikel Berkaitan