25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Langkah maksimum pengeluaran lonjak jualan Perodua

Peningkatan dalam volume bagi kedua-dua pengeluaran dan jualan telah menunjukkan bahawa ekosistem sedang berjalan seperti yang dirancang.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUALAN Perodua pada bulan Januari lepas telah melonjak 23 peratus kepada 21,449 unit yang didaftarkan berbanding 17,444 unit pada bulan pertama 2022 disebabkan oleh syarikat kereta kompak itu meneruskan tumpuannya kepada pengeluaran dan penghantaran maksimum.

Dari segi pengeluaran, Perodua menghasilkan 24,590 unit pada Januari tahun ini, peningkatan sebanyak 40.2 peratus daripada 17,538 unit yang dikeluarkan pada Januari 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, penting untuk dinyatakan bahawa pada Januari tahun lepas telah berlakunya banjir, kekurangan bekalan cip semikonduktor, isu tenaga kerja dan kekurangan alat ganti lain yang telah menghalang pengeluaran dan jualan.

“Namun demikian, peningkatan dalam volume bagi kedua-dua pengeluaran dan jualan telah menunjukkan bahawa ekosistem sedang berjalan seperti yang dirancang,”katanya.

Beliau berkata, Perodua kekal komited kepada matlamat penghantaran kenderaan kepada para pelanggannya secepat mungkin tanpa menjejaskan kualiti atau keselamatan.

“Sebelum ini, Perodua mensasarkan untuk mendaftar 314,000 unit dan mengeluarkan 330,000 unit untuk keseluruhan tahun 2023.

“Selain memberi tumpuan untuk menyelesaikan pesanan tertunggak, kami juga akan melancarkan Perodua Axia Serba Baharu tidak lama lagi untuk terus mengujakan pasaran.

“Kami percaya cadangan nilai kami akan diterima baik oleh rakyat Malaysia,”katanya.

Sementara itu, mengenai Perodua Axia Serba Baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, beliau berkata, syarikat itu telah menukar hampir semua tempahan terdahulu model Axia semasa kepada model yang baharu.

“Penasihat jualan kami telah menghubungi para pelanggan untuk memaklumkan mengenai pertukaran Perodua Axia Serba Baharu dan kebanyakan mereka bersetuju untuk menukar kepada model baharu tersebut,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan