26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Hattyai, Bangkok destinasi antarabangsa pilihan utama keluarga Malaysia

Sementara itu, destinasi domestik yang menjadi pilihan untuk percutian keluarga Malaysia adalah Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BANDAR raya di Thailand iaitu Hattyai dan Bangkok menjadi destinasi antarabangsa pilihan utama keluarga Malaysia yang mahu bercuti di luar negara tahun ini, diikuti Singapura, Tokyo dan Taipei.

Menurut data carian platform percutian digital Agoda, tujuh daripada sepuluh destinasi antarabangsa yang mendapat carian tertinggi untuk percutian tahun 2023 oleh golongan berkeluarga adalah bandar-bandar besar.

Syarikat itu berkata, syurga pantai tropika turut menjadi idaman para pelancong dengan Phuket, Bali dan Krabi mendapat tempat di dalam senarai pencarian destinasi percutian keluarga tertinggi.

Sementara itu, destinasi domestik yang menjadi pilihan untuk percutian keluarga Malaysia adalah Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.

Pengarah Negara Malaysia dan Brunei Agoda, Cleland Robertson berkata, destinasi percutian lain dengan udara nyaman seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands juga menarik perhatian pelancong keluarga Malaysia.

Advertisements

“Rakyat Malaysia menghargai masa yang diluangakan bersama-sama keluarga, dan dengan bercuti, ia memberikan peluang untuk mengukuhkan ikatan sesama ahli keluarga sambil menikmati makanan, pemandangan dan aktiviti baharu.

“Proses merancang percutian yang melibatkan kumpulan yang besar dari pelbagai peringkat umur dan bajet boleh menjadi satu cabaran. Oleh itu, kami di Agoda telah berusaha  untuk melancarkan proses tempahan , di mana penempahan penginapan, penerbangan dan aktiviti boleh dilengkapkan dengan hanya satu klik,”katanya.

Dalam percutian keluarga, tiada satu tempat penginapan yang dapat memenuhi keperluan semua pihak.

Sesetengah keluarga lebih menggemari Agoda Homes yang menawarkan kemudahan dapur atau ruang tamu tambahan yang dapat menampung kumpulan keluarga, manakala yang lain pula lebih menggemari hotel dengan kelab kanak-kanak, khidmat mengasuh bayi atau bilik bersambung yang mesra keluarga.

Proses tempahan Agoda yang mudah dapat memenuhi keperluan semua – membantu semua pelancong berkeluarga untuk mencari hotel atau inap desa yang ideal untuk percutian mereka.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan