28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

KPM sediakan pelan kukuh penguasaan Bahasa Inggeris

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAGI memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan The Roadmap for English Language Education in Malaysia (2015 – 2025).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pelan ini bertujuan untuk memperincikan perubahan yang diperlukan dalam pendidikan bahasa Inggeris secara sistemik dan sistematik bagi memastikan Bahasa Inggeris setanding dengan peringkat global.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa melaksanakan
pembaharuan dalam sistem pendidikan negara berdasarkan pelan jangka
panjang seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025
(PPPM).

“PPPM dibangunkan dengan tujuan untuk mentransformasi sistem
pendidikan negara dalam tempoh 13 tahun.

“Antara fokus utamanya adalah bagi melahirkan murid yang mempunyai kemahiran abad ke-21 yang sejagat serta berdaya saing pada peringkat global,”katanya.

Advertisements

Beliau menjawab Pertanyaan Lisan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.

Ka Siong meminta Menteri menyatakan langkah-langkah berkesan untuk merombak sistem pendidikan negara supaya ianya lebih berdaya saing, mengutamakan STEM dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, di bawah PPPM, telahpun diwujudkan beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh KPM bagi memastikan hasrat tersebut dapat dicapai.

Dalam konteks mengutamakan pendidikan STEM katanya, KPM telah mengambil kira aspirasi keberhasilan murid melalui tiga langkah iaitu meningkatkan minat murid melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang baharu dan pemantapan kurikulum.

“Selain itu, meningkatkan kemahiran dan kebolehan guru; dan meningkatkan kesedaran murid dan orang awam,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Fahmi kecam Meta turunkan bahan Anwar jumpa pemimpin Hamas

KERAJAAN Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Meta menurunkan bahan yang dimuat naik oleh media tertentu ke media sosial berhubung pertemuan...

Lagi Artikel Berkaitan