26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Dua kanak-kanak lemas terjatuh dalam longkang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak ditemukan lemas sementara rakannya masih selepas mereka dikatakan terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus di Jalan Ukay Perdana, Ampang, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan, 8, ditemukan pada pukul 6.30 petang pada jarak 200 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Manakala rakan mangsa, Muhammad Rizqullah Mohd Shafie, 10, masih belum dijumpai dan usaha menyelamatkan mangsa sedang dijalankan.

“Bagaimanapun, mangsa pertama (Wan Muhammad Ammar) yang ditemui telah meninggal dunia.

“Sementara itu, kerja-kerja menyelamat mangsa kedua sedang giat dijalankan pasukan penyelamat,” katanya di Ampang, Selangor.

Advertisements

Norazam berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kedua-dua mereka bermain air di kawasan longkang sebelum tergelincir dan dihanyutkan arus.

Seorang anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa Wan Muhammad Ammar yang lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Ukay Perdana, Ampang.

Kata beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.44 petang.

“Seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang terus dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun dipercayai hanyut di dalam longkang sedalam empat kaki,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan