24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Universiti awam, swasta bantu aspek pendidikan pelajar – Agong

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua universiti di Malaysia sama ada awam atau swasta memainkan peranan membantu aspek pendidikan pelajar masing-masing.

Seri Paduka Baginda bertitah, perkara itu jika diusahakan dengan sebaik mungkin dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menyumbangkan khidmat mereka kepada negara pada masa akan datang.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua ahli lembaga amanah dan pengelola serta warga Universiti Teknologi dan Pengurusan Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) yang telah memberi banyak tunjuk ajar dan keputusan-keputusan yang telah membawa kejayaan kepada universiti.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian ketika berangkat menyempurnakan majlis pelancaran TAR UMT di Setapak, Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan TARC, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Pada tahun 2012, Kolej TAR dinaik taraf kepada kolej universiti dan dinamakan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dan pada 7 November 2022, TAR UMT telah menerima sijil pendaftaran daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan